Friday, October 17, 2008

Sejenak...

Assalamualaikum....

Akhirnya segala yang telah dirancang, berjaya. Walaupun tidak seberapa berjaya namun ia tetap menggoyangkan dasar negara. D.S.A.I. telah kembali ke arena politik yang telah lama dia idam2 kan... Ekonomi huru-hara... Keharmonian sesama kita semakin berkurangan... Kita semakin lemah...

Persoalannya bilakah ini semua akan berakhir? Perlukah pertumpahan darah terjadi sekali lagi? Adakah kita lupa 13 Mei? Adakah kita lupa 31 Ogos? Adakah kita lupa pada Nabi Adam a.s.?

Umat manusia semakin kehilangan... Alpa akan topeng2 dunia yang si pemakainya adalah kerugian dan jahanam... Mengerti akan maksud cinta dan kasih sayang? Semua itu palsu apabila hati masing2 menceritakan kebencian dan hasad dengki...

Peradaban manusia sudah lama kiamat... Kenapa? Cuba kita kenang kembali zaman Arab Jahiliyah... Apa perbezaannya diantara mereka dahulu dan kita? Pencuri menjadi satu pekerjaan, kekurangan kain, arak bagaikan air kosong...

Pernah sekali seseorang menyatakan pada saya, "Kang aku taubat laa..." Saya hanya diam sahaja... Saya tidak mampu nak meluahkan kata2 kerana hati terlalu sedih... Tidakkah dia sedar akan nyawa kita kepunyaan Allah s.w.t. sepenuhnya? Bila2 saja kita akan pergi... Tiada siapa pun tahu akan rahsia Illahi...

Ingatlah... Sekiranya waktu itu beku pada ruang gelap, kenanglah pada kematian yang akan hadir tanpa khabar, tanpa ketahuan... Khabar gembira pada mereka yang selamat akan azab-Nya... Khabar buruk pada mereka yang dusta akan nikmat2-Nya...

Sekian...

Wassalamualaikum w.b.t....