Monday, November 24, 2008

Syukur...

Assalamualaikum...

Selama kita berada di negara ini, kita boleh berasa bertuah bahawa kita masih dapat lagi merasakan kesenangan. Memang benar macam2 berlaku. Tapi sekiranya kita lihat pada kebaikan yang ada, kita patut bersyukur jika hendak dibandingkan dengan negara2 lain yang kurang bernasib baik...

Sandainya kita lihat dari segi keharmonian, kita boleh lihat keharmonian hubungan kita sesama manusia...

Keindahan yang kita ada patut dihargai kerana ia akan hilang begitu sahaja pada bila2 masa... Setiap saat yang bakal berlalu perlu kita gunakan dengan sebaiknya... Namun jangan kita lupa pada Yang Maha Esa... Kerana atas Maha Penyayang dan Maha Pemurah, kita masih lagi bahagia dan menikmati manis2 kehidupan dengan sepenuhnya...

Konsep syukur, ada macam2 orang tafsirkan. Padahal, hanya ada satu saja iaitu menegakkan 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman... Kuatnya kesemuanya itu, itulah tanda kita bersyukur sebagai mahkluk Allah dan mengejar sebagai hamba-Nya yang bertaqwa, sebenar-benar taqwa...

Kami akan sedar bahawa setiap saat yang berlalu lebih bermakna selepas itu. Syukur bahawa kita masih hidup dan melihat saat2 yang akan datang...

Sedarlah wahai saudara2 ku...

Sekian...