Saturday, March 18, 2006

Satu Kehidupan...

Kita bagaikan sedang berlari tapi tanpa arah tuju. Mencari mimpi-mimpi yang telah lama kita idamkan. Di mana permulaannya terpulang pada kita. Seronok apabila kita tahu ada beberapa orang yang akan menemani kita hingga ke penghujungnya. Walaupun hanya seorang sahaja yang ada. Kita tetap percaya mereka akan mencapaikan bintang yang kita hajati walaupun mustahil. Percaya, kerana inilah kita meneruskan hidup kita di dunia yang penuh dengan kegelapan. Percaya, cahaya mereka akan bersama kita menerangi jalan yang kita lalui.

Kita tahu mereka akan menenangkan kita bila kita dalam kesedihan. Kita berasa bersalah kerana kita tidak dapat balas jasa mereka. Tetapi mereka tidak mahu, mereka hanya ingin melihat kita gembira. Senyuman mereka adalah nyawa kita, dunia bagaikan lengkap dan turut meraikannya apabila kita lihat senyuman mereka.

Kita terus terapung di dalam sebuah sampan yang mengalir di atas sungai yang tenang. Kita tahu mereka sudah mendahului kita. Namun kita tetap menyimpan hasrat bahawa kita dan mereka akan tetap bersama kita. Amat menakutkan apabila kita terbayang mereka sudah tiada. Kita sering menangis, tidak henti-henti dan kalau boleh kita ingin memeluk mereka selamanya. Kita tidak mahu mereka pergi.

Pada akhirnya, kita menerima suratan takdir. Ajal akan tiba dan kita tidak mampu mengubahnya. Maka kita menghargai setiap detik kita bersama mereka. Kita ingat dan kita kenang setiap saat yang berlalu. Apabila kita berjalan dengan mereka, kita tidak mahu sampai ke penghujungnya. Kita mahu terus berjalan dengan mereka dan menghayati alunan angin yang merdu.

Kita terus berjalan dengan ketabahan dan keyakinan, kita tidak mahu lihat atau meramal masa depan. Kita tidak peduli semua itu. Kita hanya memandang ke depan dan menikmati setiap langkah sama ada ke depan atau ke belakang. Yang pastinya, kita tidak akan melupakan di mana fajar menjelma dan senja menghilang...

Dengarlah...

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera!!!

Hari ini sayer nak sampaikan beberaper perkare yang saya rasa dapat membantu anda semua dalam menghadapi hari esok yang tiada clue untuk kita pastikan. Mungkin sedikit jer, tapi saya mengharapkan ia sedikit sebanyak dapat memberi anda idea2 yang bernas yang dapat anda cipta sendiri dan mungkin lebih baik daripada tips2 saya nih.

1. Sering terasa tertekan? Apa yang anda lakukan mungkin tidak menyeronokkan. Cuba fikirkan sesuatu secara spontan, apa yang anda ingin lakukan. Janganlah sampai memudaratkan diri anda atau orang lain. Buat sesuatu yang tidak kena mengena dengan kerja yang anda sedang lakukan.

2. Perasaan bercelaru? Sekali-sekala carilah tempat yang penuh dengan kedamaian dan ketenangan. Mungkin anda lebih suka bersembang ngan rakan2 untuk membantu tetapi, cubalah anda method ini. Tenang, nyaman, damai, dan selesa. Contohnya, melihat keindahan alam.

3. Masalah kawan? Anda akan cuba untuk mengelak dari mereka dan kalau boleh tidak mahu berjumpa dengan mereka lagi. Anda akan rasa selesa, tetapi anda akan menjadi orang yang lain. Resah dan tidak dapat mencari ketenangan dalam hidup. Berhadapan dengan mereka. Itu sahaja caranya. Kalau tidak dapat selesai, relax, jumper balik dan bincang sekali lagi.

4. Masalah cinta? Jangan difikir banyak2. Mungkin anda kata si dia tuh jodoh anda tetapi kalau dah bergaduh jer, jodoh ker? Sudah, biarkan ia lepas cari yang lain. Bukan kejam atau tidak berperasaan, ada benda lain yang patut dicintai dan diingati. My advise, bertolak ansur. Kalau tak, fikir apa yang lebih penting dalam hidup nih. Jangan jadi bodoh!!

5. Masalah keluarga? Fikirkan apa yang telah keluarga anda lakukan dan apa yang telah anda lakukan. Jangan asyik nak melenting jer. Anda perlu bersabar dan cuba gunakan akal bukan perasaan!! Mereka keluarga anda, apa2 masalah yang timbul selesaikannya dengan baik. Fikirkanlah, mereka tidak dapat dicari ganti, hargailah mereka. Sejahat jahat mereka, mereka tetap sebahagian dari anda.

Ada banyak lagi masalah di dunia ini. Tetapi apa yang telah saya nyatakan diatas adalah asas2 untuk anda menghadapi masalah2 yang lain di dunia. INGAT!! Segala tindakan yang anda lakukan perlulah berasaskan pemikiran yang rasional BUKAN emotional. Tips untuk membuat keputusan:

1. Dengan sedaya upaya tenangkan perasaan anda.
2. Fahami situasi yang sedang anda hadapi.
3. Fikirkan segala pilihan yang anda dapat cipta. Fast!
4. Nilaikan baik dan buruk setiap pilihan yang ada.
5. Bertindak dengan berhati-hati. Anda boleh memilih pilihan yang lain tetapi hati-hati. Fast and accurate.
6. Jangan asyik mengharapkan yang terbaik. Rumuskan tindakan anda dan buat analisa. Jadikan ia sebagai pedoman dan iktibar.

Ingat, semua tindakan yang anda lakukan perlulah kearah yang positif dan membina. Jangan cepat mengalah dan cuba pelajari kesilapan yang lalu. Janganlah mengharapkan segalanya berlaku mengikut kehendak anda. Bersedialah dengan apa yang bakal menimpa.

Manusia sukar untuk difahami kerana mereka sentiasa berubah-ubah. Tetapi ada yang tidak mahu berubah. Cuba menjadi pendorong, contoh bagi mereka untuk berubah kepada yang lebih baik dan sihat. Mungkin mereka fikir apa yang mereka lakukan adalah yang benar, BUKTIKAN MEREKA SALAH!!

Kalau kawan atau kenalan anda tidak membantu anda untuk berjaya dalam pelajaran atau kehidupan, TINGGALKAN!! Jangan kisah apa yang mereka katakan pada anda. Anda ingin disukai manusia tetapi DIBENCI Tuhan atau dibenci manusia tetapi DISUKAI Tuhan?? Fikir mana yang lebih baik dan yang kekal selamanya. Kalau anda tak sanggup juga, anda telah BERDOSA BESAR!!!

Percayalah, kemenangan sentiasa berpihak kepada yang benar. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Dan mereka yang sebenar-benar taqwa, akan mendapat keberkatan yang sangat banyak dan mulia. Ingat, banyakkan beribadah dan jauhi kemungkaran.

Firman Allah S.W.T.;
"Dan celakalah bagi mereka yang bersembahyang. Iaitu mereka yang tidak khusyuk dalam ibadah mereka."

Sabda Rasulullah S.A.W.;
"Kekayaan dan keagungan kamu, hak mutlak Allah. Sedekah mu, kebajikan mu, anak mu yang soleh dan ibadah mu adalah hak mutlak kamu."

Sekian, wabilah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.

Pemergian Yang Dinanti.

Assalamualaikum semua....
Aper punyer tajuk daaa.... Semacam jer bunyi nyer... Tapi raser2 nyer ramai yang terfikir aper bender laa aku nak merepek lepas nih... Tak merepek tapi nak bercerita (merepek jer nih... :p) Huuu... Tetiba jer hati jadi sedih nih aper hal??!!

Tarikh keramat dah berlalu... Hebat betul... Tak tersangka impact yang datang dalam diri amat hebat... Secara tak sengaja, karangan BM yang cikgu aku suruh wat yang bertemakan Cinta amat sesuai dengan jiwa aku yang meronta gila bak taufan Katrina di Amareka Syarikat... (Cuma laju nyer lebih 100kmj...) Tulis punyer tulis akhirnya terhasil lah satu karya yang aku anggap terbaik daripada semua karangan yang aku wat selama ni... (Tajuk nyer atas tuh laa...)

Lagi best biler markah karangan tuh 78/100.... Cikgu kater boleh lebih cumer, kena baiki tulisan... :p (Erk! Practice lagi laa nampak nye...) lol Sebenarnyer bukan ni aper yang aku nak citer... Sumer tuh bunga jer... Yang aku nak citer kat korang ialah, perasaan aku yang aku simpan semasa di sebuah tempat yang jauh dari Selangor...

Aku and bebudak otak giler2 telah bercuti di sebuah tempat yang bernama Bota... Seminggu yang perit siut... Bukan fizikal or mental tapi perasaan... Aku dapat berita aku akan pindah tahun depan... Aku cadang nak bagitau kat diorang tapi... Herrmm... Keseronokan yang kitorang alami menghalang niat aku nih... Aku tak mau nak rosakkan program yang bagi aku mungkin akan menjadi sejarah buat selamanya... So aku diam jer laaa... Maser last day kitorang kat Bota tuh... Aku nak cakap tapi pikir tunggu maser kat Ipoh laa...

Maser kat Ipoh plak... Aku nak cakap lepas kitorang hhabis mandi kat swimming pool umah Megat... Tapi Anip wat satu stunt yang hampir2 membuat perut aku pecah!! Keadaan menjadi huru hara, so tak dapat nak citer... Malam tuh, maser bedtime... Susah tul laa aku nak tidor... Pikir, nak cakap or tidak... Aku pilih tidak... Last day, aku tengok muka diorang sumer maser dalam kereta on the way balik Shah Alam... Dalam hati, aku teringat muka budak2 SSAAS... Aku pikir, betapa berat nyer dosa aku, menghampakan impian diorang sumer... Sampai di SA, aku mengucapkan terima kasih kat diorang sumer... Aku paling kebelakang dan lihat kenderaan itu buat kali yang terakhir...

Aku demam hari selepas itu... Panas sangat... Ayah aku hantar aku kat klinik Sec.9... Doktor tuh kater aku ok... Pelik!! Sebab ayah aku risau sangat aku dibawa ke hospital Pantai kat Klang... Doktor kat situ bapa saudara aku... Dia check and ok??!! Isteri dier nurse... Dier check and dier kater, aper yang aku tengah fikirkan... Aku cakap kat dier yang aku sedang memikirkan kenangan2 ngan sahabat2 aku and sumer yang berlaku sepanjang aku berada di SSAAS... Dia nasihat kan aku supaya berjumpa ngan seorang kaunseling, kawan baik dier... Macam2 aku dapat dari dier... Alhamdulillah aku pulih selapas sesi kaunseling tu... (Tau2 jer aku tengah sedih...)

Di hari pemergian aku dari Shah Alam, aku teringatkan budak2 Jepun tu... Adakah apa yang aku alami ini sama dengan apa yang mereka alami? Nasihat dari ibu ku, kawan boleh cari di mana2... Tapi mereka semua bukan kawan... Mereka adalah sahabat!!!! Aku redha and aku berangkat membawa seribu sebak...