Assalamualaikum and Selamat Sejahtera!!!
Hari ini sayer nak sampaikan beberaper perkare yang saya rasa dapat membantu anda semua dalam menghadapi hari esok yang tiada clue untuk kita pastikan. Mungkin sedikit jer, tapi saya mengharapkan ia sedikit sebanyak dapat memberi anda idea2 yang bernas yang dapat anda cipta sendiri dan mungkin lebih baik daripada tips2 saya nih.
1. Sering terasa tertekan? Apa yang anda lakukan mungkin tidak menyeronokkan. Cuba fikirkan sesuatu secara spontan, apa yang anda ingin lakukan. Janganlah sampai memudaratkan diri anda atau orang lain. Buat sesuatu yang tidak kena mengena dengan kerja yang anda sedang lakukan.
2. Perasaan bercelaru? Sekali-sekala carilah tempat yang penuh dengan kedamaian dan ketenangan. Mungkin anda lebih suka bersembang ngan rakan2 untuk membantu tetapi, cubalah anda method ini. Tenang, nyaman, damai, dan selesa. Contohnya, melihat keindahan alam.
3. Masalah kawan? Anda akan cuba untuk mengelak dari mereka dan kalau boleh tidak mahu berjumpa dengan mereka lagi. Anda akan rasa selesa, tetapi anda akan menjadi orang yang lain. Resah dan tidak dapat mencari ketenangan dalam hidup. Berhadapan dengan mereka. Itu sahaja caranya. Kalau tidak dapat selesai, relax, jumper balik dan bincang sekali lagi.
4. Masalah cinta? Jangan difikir banyak2. Mungkin anda kata si dia tuh jodoh anda tetapi kalau dah bergaduh jer, jodoh ker? Sudah, biarkan ia lepas cari yang lain. Bukan kejam atau tidak berperasaan, ada benda lain yang patut dicintai dan diingati. My advise, bertolak ansur. Kalau tak, fikir apa yang lebih penting dalam hidup nih. Jangan jadi bodoh!!
5. Masalah keluarga? Fikirkan apa yang telah keluarga anda lakukan dan apa yang telah anda lakukan. Jangan asyik nak melenting jer. Anda perlu bersabar dan cuba gunakan akal bukan perasaan!! Mereka keluarga anda, apa2 masalah yang timbul selesaikannya dengan baik. Fikirkanlah, mereka tidak dapat dicari ganti, hargailah mereka. Sejahat jahat mereka, mereka tetap sebahagian dari anda.
Ada banyak lagi masalah di dunia ini. Tetapi apa yang telah saya nyatakan diatas adalah asas2 untuk anda menghadapi masalah2 yang lain di dunia. INGAT!! Segala tindakan yang anda lakukan perlulah berasaskan pemikiran yang rasional BUKAN emotional. Tips untuk membuat keputusan:
1. Dengan sedaya upaya tenangkan perasaan anda.
2. Fahami situasi yang sedang anda hadapi.
3. Fikirkan segala pilihan yang anda dapat cipta. Fast!
4. Nilaikan baik dan buruk setiap pilihan yang ada.
5. Bertindak dengan berhati-hati. Anda boleh memilih pilihan yang lain tetapi hati-hati. Fast and accurate.
6. Jangan asyik mengharapkan yang terbaik. Rumuskan tindakan anda dan buat analisa. Jadikan ia sebagai pedoman dan iktibar.
Ingat, semua tindakan yang anda lakukan perlulah kearah yang positif dan membina. Jangan cepat mengalah dan cuba pelajari kesilapan yang lalu. Janganlah mengharapkan segalanya berlaku mengikut kehendak anda. Bersedialah dengan apa yang bakal menimpa.
Manusia sukar untuk difahami kerana mereka sentiasa berubah-ubah. Tetapi ada yang tidak mahu berubah. Cuba menjadi pendorong, contoh bagi mereka untuk berubah kepada yang lebih baik dan sihat. Mungkin mereka fikir apa yang mereka lakukan adalah yang benar, BUKTIKAN MEREKA SALAH!!
Kalau kawan atau kenalan anda tidak membantu anda untuk berjaya dalam pelajaran atau kehidupan, TINGGALKAN!! Jangan kisah apa yang mereka katakan pada anda. Anda ingin disukai manusia tetapi DIBENCI Tuhan atau dibenci manusia tetapi DISUKAI Tuhan?? Fikir mana yang lebih baik dan yang kekal selamanya. Kalau anda tak sanggup juga, anda telah BERDOSA BESAR!!!
Percayalah, kemenangan sentiasa berpihak kepada yang benar. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Dan mereka yang sebenar-benar taqwa, akan mendapat keberkatan yang sangat banyak dan mulia. Ingat, banyakkan beribadah dan jauhi kemungkaran.
Firman Allah S.W.T.;
"Dan celakalah bagi mereka yang bersembahyang. Iaitu mereka yang tidak khusyuk dalam ibadah mereka."
Sabda Rasulullah S.A.W.;
"Kekayaan dan keagungan kamu, hak mutlak Allah. Sedekah mu, kebajikan mu, anak mu yang soleh dan ibadah mu adalah hak mutlak kamu."
Sekian, wabilah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.
No comments:
Post a Comment