Thursday, August 21, 2008

Kesedaran...

Assalamualikum...

Sepertinya luka kita dahulu, cuba kita fikir balik.

Luka yang di buat manusia? Atau luka yang kita buat kepada Yang Esa?

Kita perlu sedr bahawa luka dibuat manusia, tidak kekal lama. Malah semua itu adalah mainan syaitannirrajim. Syaitan akan terus bergelak ketawa dan meraikan apabila manusia itu dalam duka dan manusia itu lupa pada agamanya.

Allah s.w.t. sedih dan murka turut serta adalah para malaikat. Sekiranya kita terus leka dan lalai, hati kita akan terus gelap dan jalan keluar yang bakal kita jumpa adalah kesesatan.

Sedarlah bahawa segala musibah yang mendatang ada hikmahnya. Pengajaran dan petunjuk dari Allah untuk kita sedar bahawa hidup di dunia adalah hanya sementara.

Ke mana harus kita tuju, ke mana harus kita berharap? Hanya pada Yang Esa. Percayalah bahawa hidup kita tidak lama, bertaubat kepada-Nya. Allah sayang akan hamba-hamba-Nya.

Amin...

Sunday, August 17, 2008

Kembali...

Assalamualaikum...

Akhirnya aku dapat kembali semula ke dunia siber. Semenjak masuk UiTM aku xder mase nak online. Sibuk ngan xment and macam2 hal yang aku dah expect jadi, jadi. Apa agak nya biler kita dah expect benda tuh jadi, tapi kiter biar jer... is it a good thing or not?

Raser nyer aku dah lamer tertanye dalam hati ini... Kenape wujud cinta sesame manusia? Kenapa tidak hanya pada yang Maha Esa? Hanya kepada Dia sajalah yang aku pasti tidak akan kecewa dan Dia sajalah yang memahami jiwa dan perasaan ini.. Dia sajalah yang Maha Mengasihi, tiada yang lain...

Namun, apabila sampai kepada sesama manusia, aku keliru... Kenapa?? Adakah aku pernah berdosa dahulu untuk aku menerima sebegini rupa balasan nya?? Aku menjadi buta, pekak, lalai apabila berbicara tentang cinta sesama manusia... Lebih2 lagi apabila bersama dengannya...

Semenjak berlakunya persalah fahaman antara aku dan si dia, aku menjadi lebih rapat dengan Yang Maha Pencipta... Aku menangis di atas sejadah, memohon keampunan... Merayu-rayu agar taubat ku diterima... Aku menjadi lengkap sebenarnya... Tidak pernah aku menjadi sebegitu tenang sepanjang hidup ku...

Apabila aku mula berbaik dengan si dia, aku mula lupa dan leka... Hebat sungguh... Dugaan Allah yang paling kecil ialah duit, dugaan Allah yang terbesar ialah kesenangan... Kita mudah lupa... Aku mula rasa ragu2 akan keadaan aku sekarang... Apakah yang patut aku lakukan??

Adakah aku perlu menjauhkan diri dari perempuan?? Seperti nasihat abang ku?? Atau aku terus kan dan cuba untuk tidak melupakan pada Maha Esa?? Sekarang, aku mencuba untuk meneruskan hubungan dan tidak melupakan pada Maha Pencipta...

Aku tidak rela lagi bersengketa sesama manusia... Aku hanya perlu meletakkan batas2 dalam pergaulan... Jika tidak, musibah akan melanda dan kali ini ia akan datang dengan lebih hebat...

Aku tidak suka disentuh oleh perempuan bukan muhrim... Aku tidak suka... Aku BENCI akan disentuh oleh mereka... Seakan-akan mereka lupa yang aku adalah lelaki Muslim dan dia adalah wanita Muslim...

Rasanya, aku tidak mahu lagi berkenalan dengan mana2 wanita lagi... Cukuplah... Yang pasti aku akan cuba membuat mereka sedar yang aku bukan lagi seperti dulu... Aku sudah berubah...

Jika aku perlu membuat mereka benci pada ku... Aku rela... Asalkan aku disayangi oleh Allah... Amin...