Thursday, August 21, 2008

Kesedaran...

Assalamualikum...

Sepertinya luka kita dahulu, cuba kita fikir balik.

Luka yang di buat manusia? Atau luka yang kita buat kepada Yang Esa?

Kita perlu sedr bahawa luka dibuat manusia, tidak kekal lama. Malah semua itu adalah mainan syaitannirrajim. Syaitan akan terus bergelak ketawa dan meraikan apabila manusia itu dalam duka dan manusia itu lupa pada agamanya.

Allah s.w.t. sedih dan murka turut serta adalah para malaikat. Sekiranya kita terus leka dan lalai, hati kita akan terus gelap dan jalan keluar yang bakal kita jumpa adalah kesesatan.

Sedarlah bahawa segala musibah yang mendatang ada hikmahnya. Pengajaran dan petunjuk dari Allah untuk kita sedar bahawa hidup di dunia adalah hanya sementara.

Ke mana harus kita tuju, ke mana harus kita berharap? Hanya pada Yang Esa. Percayalah bahawa hidup kita tidak lama, bertaubat kepada-Nya. Allah sayang akan hamba-hamba-Nya.

Amin...

No comments: