Tuesday, December 02, 2008

Jauh...

Assalamulaikum...

Hari demi hari, kita menjalani kehidupan kita dengan pelbagai rintangan dan setiap kejayaan adalah satu nikmat bagi kita...

Seandainya kita gagal, ingatlah bahawa ada hikmah disetiap kegagalan. Yakin bahawa sekiranya kita bertaqwa, ada kebaikan yang akan datang pada masa akan datang. Malah mungkin kegagalan itu adalah satu kemenangan bagi kita cuma kita sahaja yang tidak menyedari akannya.

Naik dan turun dalam kehidupan adalah satu lumrah bagi kita. Bersyukurlah sekiranya kita diuji dengan bermacam-macam dugaan kerana itu tandanya Allah S.W.T. masih menyayangi kita. Yang Esa ingin menguji keimanan kita, sejauh mana taqwa kita pada-Nya.

Ada seorang teman rapat bertanya pada saya, apakah yang paling jauh dalam hidup kita?

Aku menjawab, saat2 yang berlalu...

Setiap saat yang telah lepas, kita tidak akan dapat mengejarnya kembali. Malah ia akan terus berlalu, semakin jauh dari kita.

Namun, sifat jahil sesetengah manusia telah menyimpan hasrat untuk mencari jalan memutarkan masa...

Angan2 yang disimpan menyebabkan kita lupa akan kata2 Allah S.W.T. iaitu masa tidak akan kembali malah ia tidak akan pula mengawalnya sesuka hati...

Kafir, keingkaran kita menyebabkan kita terjerumus ke arah dunia yang sia2. Membazirkan masa mencari jalan untuk mengawal masa. Teori2 yang dikemukakan oleh saintis2 barat hanyalah omong2 kosong.

Kata2 Allah adalah janji2-Nya... Janji2-Nya adalah yang nyata dan akan berlaku...

Hatiku ini, terasa jauh mengenangkan si dia... Namun, aku redha... Segala yang berlaku adalah ketentuan Illahi...

Sekian...

Wassalamualaikum w.b.t....

No comments: