Sunday, June 01, 2008

Kesunyian...

Apa ertinya kesunyian ini?
Gulita hidupku pilu
Tiada yang hadir membantu
Namun aku menghargainya
Membawa erti siapa aku
Apa yang bermain di hati
Saatnya keakhir sunyi ini
Aku mula resah gelisah
Adakah aku ia akan kembali?
Ya, aku inginkan ia selalu
Hampa, ia datang dan pergi

Siapa yang inginkan kesunyian? Tiada siapa yang mahu akan kehadirannya. Tetapi ia akan hadir pada saat kita tidak ingin ia hadir. Namun, pada ketika ia akan pergi, kita akan mula merindui kesunyian itu. Di mana kita akan memahami erti kehidupan. Kita akan lihat segalanya, di mana kita tidak dapat lihat semasa diselubungi keseronokan dunia. Sedih dan pilu akan hadir memberi kita masa dan ruang untuk membuka mata hati, melihat kebenaran hati manusia.

Jangan benci kesunyian itu. Ada hikmahnya. Gunakan ia sebaik mungkin.


No comments: